RADIN AGRO ENTERPRISE

 

Selamat Datang ke Web Blog Radin Agro Enterprise

"Pertanian Adalah Suatu Perniagaan"

                 Kempen bersepadu oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani semenjak 5 tahun yang lalu telah memberi impak ekonomi yang besar dan pulangan yang sangat tinggi  kepada usahawan-usahawan tani terutama kepada mereka yang menjalankan perniagaan usahatani ini secara sepenuh masa. Melalui bidang perniagaan agro pertanian dan penternakan ini maka telah terbukti ia melahirkan ramai usahawan yang berjaya menjana dan membantu perkembangan ekonomi sekali gus merealisasikan impian mereka sebagai usahawan yang berjaya dalam bidang yang diceburi.

              Di bawah RMK 9, Malaysia telah memperuntukan beberapa million RM untuk tujuan pembangunan dan perkembangan industri asas tani dan penternakan. Tujuan utama kerajaan adalah untuk membantu peningkatan taraf hidup dan sara diri usahawan-usahawan yang bergiat aktif di dalam bidang pertanian dan penternakan. Melalui beberapa kempen yang dijalankan oleh kementerian berkaitan, beberapa rancangan dan penambahbaikan telah diwujudkan. Antaranya adalah seperti mengadakan kursus-kursus bersepadu kepada bakal usahawan mahupun kepada mereka yang telah lama di dalam bidang keusahawanan pertanian dan penternakan ini. Sesungguhnya dengan usaha dan sokongan kerajaan, maka industri pertanian dan penternakan akan terus maju dan dapat memperkembangkan ekonomi negara kelak.

 P/S : Petikan dari akhbar tempatan (12 Januari 2009) untuk rujukan dan makluman bersama.



Rakaniaga Agro

Ruangan ini adalah untuk menyenaraikan rakaniaga kepada Radin Agro Enterprise. Tujuan adalah untuk membantu rakaniaga mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Semoga dengan usaha ini, perniagaan Agro akan terus berkembang di Malaysia.


Info MOA

2ND NATIONAL CONFERENCE ON AGRO-ENVIRONMENT 2009
24-25 MARCH 2009,
THE PUTERI PACIFIC
JOHOR BAHRU



Radin Agro Enterprise
(SA0121550-A)


Info Terkini
Radin Agro Enterprise

 Kami dalam usaha untuk memperkembangkan projek ternakan kambing, ayam dan lembu. Kepada sesiapa yang mempunyai butiran penjualan baka berkenaan, boleh la hubungi pihak kami.
 



Aktiviti
Radin Agro Enterprise

Kerja-kerja membersihkan kawasan ladang sedang giat dijalankan sepanjang bulan april. Selain itu pihak pengurus dan pengusaha ladang sedang melakukan cantasan atau "browning" terhadap semua pokok buah-buahan dengan tujuan untuk memudahkan pokok mengeluarkan bunga dan buah dengan sekata.


Kaunter Pengunjung

Terima kasih kerana mengunjungi laman web blog Radin Agro Enterprise.

Radin Agro Enterprise (SA0121550-A)
Lot 3944, Jalan Dusun, Kampung Sungai Radin, 71150  Linggi, Negeri Sembilan Darul Khusus
radinagro@yahoo.com